Monday, 21 November 2016

ayat paling win

sejak mei melupakan sebentar bicara di ruang ini.
kekangan masa dan bebanan tugas hakiki menyekat aktiviti sepanjang beberapa bulan ini.

kali ni muncul nak share salah satu kata-kata yang sangat deep untuk sesetengah pihak yang tidak tahu menghargai erti persahabatan dan kesetiaan.

datang tak diundang...ragu-ragu boleh pulang
 hikmahnya di sini kita perlu mengerti bata-batas yang dibolehkan dalam sesebuah organisasi.
seterusnya kita perlu  tahu menghargai jasa baik orang terhadap kita.

Tuesday, 19 July 2016

Biar Takdir Berbicara

Lama rasanya tidak menulis di sini..
Hati nak tulis...banyak yang nak dituliskan..tapi kudratku tiada..

Pertama kali dalam hidup..beraya aidilfitri di hospital..lain benar raya ni tanpa abg aku..doakan dia sembuh..

Balik ke sini dengar pula kak aku pula tak sihat.. kesian anak2 menakan tersyg aku..tabahla semua..

Kudratku tiada...terlalu letih dengan situasi..kerja bertimbun tak jugak sebab semua
Siap aku bereskan..

Letih tengok sikap segelintir orang manusia yg hobinya menyusahkan.

Bingung bila sempurna itu tidak boleh di masukkan dalam setiap sudut kehidupan...

Biarlah waktu yg menjawab soalan aku..


Sent from Damai Desaku

Sunday, 19 June 2016

Langau Tetap Langau

Pernahkah anda jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali.

pernahkah anda lihat sikap bodoh manusia dihadapan mata tetapi orang lain terus berkata itu yang terbaik.

pernahkah anda cuba untuk berbaik sangka tetapi acapkali anda yang kecewa.

pernahkah anda cuba melupakan perkara buruk yang orang lain lakukan namun anda acapkali dihidangkan dengan perkara yang sama.

kita tidak pernah membanding beza manusia tapi pernahkah satu ketika kita nampak dengan jelas satu jurang yang mana setiap jurang tu ada persamaan dengan orang-orang yang menganggotainya.

pernah anda kecewa asyik anda sahaja yang menerima dugaan sebaliknya orang lain yang lebih kufur tetap sentiasa bernasib baik.

pernahkah anda terfikir orang yang salah dijulang orang yang benar dihentam.

pernahkan anda terfikir kesan dan akibat tindakan anda terhadap orang yang anda jatuhkan..bayangkan jika kita ditempat mereka
bayangkan jika anak atau cucu kesayangan kita berada di tempat mereka.

yakinlah langit tidak selalu cerah...yakinlah anda tidak sentiasa berada di atas..yakinlah janji Allah SWT itu benar..yakinlah doa insan yang teraniaya itu sentiasa didengari..

ganjaran sabar itu masa
ganjaran sabar itu bahagia
ganjaran sabar itu syurga
ganjaran sabar itu indah



Friday, 10 June 2016

Gerai Bajet Hotel

Sekian lama aku melewati gerai itu..sentiasa ramai pelanggannya..telahan pertamaku sedap agaknya..unik agaknya..

niat di hati nak singgah bila-bila namun ada saja kekangan yang mematahkan niatku...

semalam sebelum terlupa ku ingatkan agar berhenti mencuba rasa di situ...

menu seperti yang tertulis di papan iklan comelnya...ku nanti rasa adakah sama dengan iklan2 puji diri sendiri di laman sosial group yang dia sertai...

hidangan pertama yang sampai 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk abc...

cendolnya ada 11 urat sahaja..
abc nya biasa2 sahaja..
mangkuknya saiz kantin sekolah rendah.

sampai pula menu yang di pesan tadi..
bihun sup dengan hirisan 3 keping daging dan 2 keping tauhu.
me kari yang tiada seurat ayam pun
mangkuknya juga sama dengan saiz hidangan kantin sekolah rendah...

berbalik kepada rasa...

cendol kurang pekat dan lemak
abc macam yang gerai2 lori jual tepi sekolah lebih sedap dari yang ini.
bihun sup rasa macam air panas boh garam boh daging hiris2...
mintak sambal dekat setengah jam baru mai..
memang tak hidangkan dengan sambal...
mee kari yang memang menu makan free pun org tak buat lagu tu...

makan dengan rasa tidak puas hati dan tekak..

pergila bayar...RM 28.00

Ahaksss bukan kedekut tapi berbaloi sangat kan!!!!!!

Lemang di Lebuhraya

hi semua....lama tak menulis di sini..bercuti sakan
bukan balik ke kampung pun tapi memang bercuti ke sana sini mendeco deco bagai..

cuti nie naik ke KL ...otw ke sana memang wajib singgah hentian memori iaitu hentian ulu bernam, selangor...student upsi tentu tahu kan apa bestnya hentian tu..

tiba-tiba nak tukar pula selera try cafe hentian yang awal2 kita jumpa masa kona masuk hentian tu...
tergoda dengan sajian lemang dan rendang...plus itu ini memang dekat RM40 jugak habis kat kedai tu saja...

bila dah sampai di meja aku buka balutan daun pisang...bertali panjang lemang tu bila ditarik daun pisangnya..bau pula menusuk ke hidung terus melepasi dada...bau memang pulut basi...

bingkas aku bangun bawa lemang tu ke gerai tu semula..

penjual buat cakap banyak cakap elok la..memang gitu la...aku dah start angin..kita cakap elok2 dia nak gak tegakkan lemangnya yang basi tu...

dia rasa sambil buat2 muka..eh elok jer...

terus aku kata...

nie...aku tak mau duit aku balik..aku nak belanja hang..la ni aku nak hang makan lemang yang hang kata elok nie depan aku sampai habis!!!!!

terus dia kata ok2 kak saya bagi duit akak balik...

mengejutkan lemang tu dia letak balik kat ruang makanan untuk dijual..dia letak balik sekali dengan lagi 7/8 ketul lemang yang lain...

memang terkena la customer yang lain nnt... nak2 yang take away mmg suweyyy la!!

aku blah sambung makan..tak dak mood...pi depan parking tmpt biasa..mkan menu biasa hentian memori lagi sempoih....

tak guna punya peniaga!!!

Wednesday, 25 May 2016

Plan B

Siap minggu kertas kerja itu ini.
duduk berehat sambil bersembang dengan rakan setugas
hajat di hatinya nak share idea tentang loan asb dan buat loan simpan asb.

huhuuuuu mmg dh jumpa ramai kawan buat loan asb..untung atau rugi aku malas nak komen
yang aku tahu satu jer..dia naikkan jumlah bayaran pada tahun sekian-sekian dalam tempoh pinjaman tu nanti..nnt nak kena urus kan tukar amaun bayaran sebab akan datang surat ngko bayar tak ckup amaun..

topic nie rasanya ramai yg lebih arif sebab dah lama buat untung dr kaedah ini.. aku bercakap sekadar senipis kulit bawang punya pengalaman.

antara yg kami bincangkan mana lebih untung buat loan simpan dalm asb atau simpan bulan2 sendiri dalam asb..

aku pun terlahirlah satu jadual yang mungkin boleh share sesama kita. sebab daripada jadual nie aku pun bljr byk benda..

kesimpulannya ikutlah mana yang kita selesa..sebab kita bukan boleh samakan disiplin diri kita dengan orang lain..kita juga tak boleh samakan slip gaji kita dengan orang lain..





 perkiraan kaedah pinjaman

1150 / 10 yr / 100000
Bil
Me
Tahun
simpanan
dividen
Bayaran pinjaman
1
34
2017
100 000

1150 X 12 = 13800
2
35
2018
100 000
7000
1150 X 12 = 13800
3
36
2019
107 000
7490
1150 X 12 = 13800
4
37
2020
114490
8014
1150 X 12 = 13800
5
38
2021
122504
8575
1150 X 12 = 13800
6
39
2022
131079
9175
1150 X 12 = 13800
7
40
2023
140254
9817
1150 X 12 = 13800
8
41
2024
150071
10504
1150 X 12 = 13800
9
42
2025
160575
11240
1150 X 12 = 13800
10
43
2026
171815
12027
1150 X 12 = 13800

Jumlah
183 842
83 842
138 000
 Simpanan – nilai pinjaman
183 842 – 138 000 = 45842
Bunga pinjam – nilai pinjam
138000 – 100 000 = 38000



perkiraan kaedah tabungan

1150 / 10 yr / 138000
Bil
Me
Tahun
simpanan
dividen
Tolakan gaji
1
34
2017
13 800
966
1150 X 12 = 13800
2
35
2018
27 600
1932
1150 X 12 = 13800
3
36
2019
41 400
2898
1150 X 12 = 13800
4
37
2020
55 200
3864
1150 X 12 = 13800
5
38
2021
69 000
4830
1150 X 12 = 13800
6
39
2022
82 800
5796
1150 X 12 = 13800
7
40
2023
96 600
6762
1150 X 12 = 13800
8
41
2024
110 400
7728
1150 X 12 = 13800
9
42
2025
124 200
8694
1150 X 12 = 13800
10
43
2026
138 000
9660
1150 X 12 = 13800

Jumlah
138 000
531 30
138 000
 Simpanan – simpan
191 130 – 138 000 = 53 130
Bunga pinjam – nilai pinjam
0
Jumlah untung – jumlah simpan
191 130 – 138 000 = 53 130