Pernahkah anda jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali.
pernahkah anda lihat sikap bodoh manusia dihadapan mata tetapi orang lain terus berkata itu yang terbaik.
pernahkah anda cuba untuk berbaik sangka tetapi acapkali anda yang kecewa.
pernahkah anda cuba melupakan perkara buruk yang orang lain lakukan namun anda acapkali dihidangkan dengan perkara yang sama.
kita tidak pernah membanding beza manusia tapi pernahkah satu ketika kita nampak dengan jelas satu jurang yang mana setiap jurang tu ada persamaan dengan orang-orang yang menganggotainya.
pernah anda kecewa asyik anda sahaja yang menerima dugaan sebaliknya orang lain yang lebih kufur tetap sentiasa bernasib baik.
pernahkah anda terfikir orang yang salah dijulang orang yang benar dihentam.
pernahkan anda terfikir kesan dan akibat tindakan anda terhadap orang yang anda jatuhkan..bayangkan jika kita ditempat mereka
bayangkan jika anak atau cucu kesayangan kita berada di tempat mereka.
yakinlah langit tidak selalu cerah...yakinlah anda tidak sentiasa berada di atas..yakinlah janji Allah SWT itu benar..yakinlah doa insan yang teraniaya itu sentiasa didengari..
ganjaran sabar itu masa
ganjaran sabar itu bahagia
ganjaran sabar itu syurga
ganjaran sabar itu indah
No comments:
Post a Comment