Tuesday, 29 December 2015

Selamat Tinggal 2015

Wow rasa macam nak cepat cepst hambat 2015. 
Tahun yang memecahkan rekod keborosan dan keenjoyan..ahahahaahha menyuka hatikan bahasa nenek aku..

Sejak Januari sampai Disember memang tak der rekod saving... giler membeli sungguh...dapat jer beli dapat jer beli...jangan dok tiru perangai buruk lagu nie naih...

Beli yang berguna saja bukan yang bukan bukan.




Sent from Damai Desaku

Sunday, 27 December 2015

Urut Dada Lega

Baki cuti yang ada secara spontan kami putuskan untuk cuti cuti cinta III ke destinasi favourite rakyat Malaysia.

Dalam perjalanan kami singgah lunch dI sebuah gerai di tepi jalan.

Menunya lauk lauk biasa di kedai nasi berlauk yang lain.

Sedang enak kami menjamu selera menu kedai tu. Yang ternyata air tangan sendiri lebih awesome.

Mataku terpandang seorang lelaki lingkungan 30 an duduk makan seorang diri. Bukan kerana kacak bukan kerana galak.
Terpandang ku dek kerana sikapnya yang pelik.
Beberapa kali mak cik tu tanya dia

"Nak minum apa?"

Namun dia hanya geleng..makcik tu buat muka mcm dia tu kurang pendengaran atau something..

Sesekali cakap bahasa nenek aku..

Tak pandang dah pun lepas tu..tiba tiba nak bayar sekali lagi ternampak kelaku dia.

Dia suruh makcik tu kira.

Bila dah siap kira dia urut dada sambil tersenyum.

Dia keluarkan RM10 dari dompetnya..mungkin dia lega apa yang dia makan tidak lari dari budgetnya.

Aku rasa dia ada air dalam keretanya. Atau dia jenis yang minum air 30 minit atau lebih selepas makan.

Lega betul dengan harga tersebut.

Kalau la harga yang disebut tidak munasabah.

Tentu dia sedih.

Tentu lari budget nya.

Peace...syukur Malaysia masih aman.

Sent from Damai Desaku

Cuti Cuti Cinta III




Sent from Damai Desaku 

Pelan Strategik 10 Tahun

Mengetahui tentang pelan ni ketika menghadiri kursus kahwin.

Mungkin sebab aku ambik akaun waktu spm..even result ke laut namun otak aku sukakan pelan ni.

Dari mula kahwin sampai sekarang even ada sikit2 ngelat dgn disiplin pelan nie namun aku akui pelan nie memang awesome.

Now alhamdulillah 2015 bakal berakhir. Tahun kami meniti detik detik lambakan projek damai desaku dari A to Z. Even tak semua projek berjaya kami realisasikan namun semua yang major projek selesai kami uruskan.

Semua berkat daripada 5 years plan yang aku rancang.
Tak terasa sangat mengeluarkan dana untuk projek projek damai desaku kerana telah bersedia terlebih dahulu.

Ye la kami bukan orang senang.
Mujur mak bagi bekal pelajaran kepadaku.
Terima kasih mak.

Now 2016 aku bangkit semula dari 0 kepada cabaran untuk menambah kan 0 itu lagi.

Namun kali ini aku akan disiplin kan diriku untuk pelan 10 tahun.

In sya Allah akan ku kejar akhirat dan dunia.

Azam baru semangat baru.

Doakan aku berjaya

# 2016 -2025

#264400
#90832
#300000

###655232


Sent from Damai Desaku

Friday, 25 December 2015

Cuti Cuti Cinta II




Sent from Damai Desaku

Sebiji Ciku di Tanah Ibuku

Rinbun berbuah si pohon ciku
Mekar membesar di tanah ibuku
Namun buahnya bukan milikku
Walau berada di depan mataku

Bukan dijual 
Bukan tergadai
Tapi takdir bukan milikku
Sebiji ciku di tanah ibuku
Tertelan air liurku
Menahan rasa teringin

Dalam perjalanan pulang ke damai desaku
Ku cari ciku di sepanjang jalananku
Ku temui...berbayar aku bayar
Ku tersenyum..tak sabar ingin merasa.

Ku nanti masaknya ciku idaman
4 hari lewatnya tak sabar aku belah sebiji dari 3 yang kubeli

Pahitnya kutelan 
Belum tiba masa rupanya

Alangkah indah dapat ku petik ciku di Tanah Ibuku sendiri..

Redha la wahai hati..



Sent from Damai Desaku

Thursday, 17 December 2015

Ke Makam Bonda

4 Julai 2010 bonda pergi

Pergi yang tiada kembali

Tiada galang ganti

Walau sesiapa pun tak mampu menandingi bonda tercinta

Telah kubersihkan pusara bonda

Cuti akan datang adik ziarah lagI...


Al Fatihah buat bondaku tercinta.


Sent from Tanah Pusaka Bonda

Wednesday, 16 December 2015

360 Grading Taekwondo 2015




Sent from Damai Desaku

Grading Taekwondo 2015

💚💚Gred Taekwondo💚💚

Gred 9 - Putih
Gred 8 - Kuning 1
Gred 7 - Kuning 2
Gred 6 - Hijau 1
Gred 5 - Hijau 2
Gred 4 - Biru 1
Gred 3 - Biru 2
Gred 2 - Merah 1
Gred 1 - Merah 2

Syukur pada 13 Disember yang lalu nims telah lulus ujian tali pinggang.

Bye bye gred 6.

Terima kasih buat barisan tenaga pengajar yang sangat dedikasi.

Master Adiputra
Sir Eruan

Sent from Damai Desaku

Friday, 11 December 2015

Jasa ayah bonda

WahaI anak murid ku hargailah jasa ayah bonda



Sent from Damai Desaku