Dari kecil ku dibesarkan dalam suasana desa..
Laman rumah bak taman bunga
Belakang rumah bak taman herba
Semua serba serbi tak payah beli
Seafood ja kena beli sebab rumah jauh dari laut..
Kalau dekat agaknya mampu juga mak buat semua.
Kini di damai desaku
Ku bawakan pokok cili peninggalan mak
Ku bawakan pokok kucai peninggalan mak
Ku bawakan pokok kari peninggalan mak
Dan ku cuba tanam pokok rose kegemaran mak.
Doakan pokok ros itu mahu hidup subur bersama di damai desaku...
Sayang sekali mak tak pernah dapat peluang bertandang di damai desaku..
Namun mak sentiasa ada dalam hati kami..
Maaf mak adik terkilan..cucu cucu mak tak dapat cium.jenazah mak..
Hanya adik sahaja yang cium jenazah mak..
Adik panggil cucu cucu mak tapi entah la ada di mana dan dgn sapa masa tu..sedangkan adik sedih bagai nak mati pedihnya.
Maaf mak...
Al Fatihah buat mak tercinta
Sent from Damai Desaku
No comments:
Post a Comment