Sahabat...Aku Sayang Kamu Kerana Allah
Sahabatku
yang bakal pergi
Pergimu
tiada pengganti
Bakal ku
sendiri meniti hari-hari
Yang dulunya
ceria dengan kau di sisi
Lumrah
kehidupan bertemu dan berpisah silih berganti
Namun
berpisah itu pedih
Bertemu itu belum
pasti serupa denganmu
Sebolehnya
aku tak mahu ia terjadi
Pedih
hatiku..seorang demi seorang sahabatku pergi
Pergi yang
aku tahu tanpa rela di hati
Salahnya
kerana situasi
Puncanya
kerana spekulasi
Sahabat yang
aku sayangi
Sayangku
terlalu dalam kerana Allah
Tidak akan
kutemui lagi sahabat yang seistimewa dirimu
Tidak akan ku
padam kenangan indah bersamamu
Sahabat yang
aku sayangi..kerana Allah
Kerana kau
terlalu ringan membantu
Disetiap
saat sukarku
Disetiap
detik cemasku
Disetiap
ketika perluku
Disetiap sudut
buntuku
Terima kasih
sahabat
Walau pahit
berpisah namun ku kenang
Segala budi
dan jasa
Membantu
tanpa mintaku
Dengan
ikhlas dari sudut hatimu...
Pendek
karanganku walau panjang yang ingin dibingkiskan
Terhenti di
sini kerana airmata seakan mencemburui..
Doakan
kutemui sahahat seperti mu lagi..
Supaya tidak
kosong hati ini dengan perpisahan ini..
Aku sayang
kamu kerana Allah..
Sahabatmu Scha
No comments:
Post a Comment