Sahabat terbaik sentiasa di sisi
Tiada kurang dia di sini
Menanti liku sama hadapi
Sahabat terbaik sentiasa saling menyokong
Sahabat terbaik sentiasa tersenyum
Saat suka tanda gembira
Saat duka tanda empati
Tikam belakang bukan cirinya
Sahabat terbaik memberi inspirasi
Mengkritik positif hasilnya positif
Berani mengata perkara yang salah
Agar tidak terus di jalan yang salah
Sahabat terbaik seorang demi seorang pergi..
Betapa aku bencikan insan-insan yg membuatkan sahabat sahabat ku terpaksa pergi..
Betapa aku benci kan situasi situasi yg membuatkan sahabat sahabatku pergi..
Sebetulnya mereka yang harus pergi...bukan sahabat sahabatku...
8 hari sudah ku tangisi...entah bila kan berakhir...jangan la ada lg perpisahan sahabat sahabatku lg selepas ini...mmg benar tetap sahabat walau di mana berada namun jarak itu sebetulnya pemisah yang pedih di jiwa.
Sent from Damai Desaku
No comments:
Post a Comment