Sunday, 19 June 2016

Langau Tetap Langau

Pernahkah anda jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali.

pernahkah anda lihat sikap bodoh manusia dihadapan mata tetapi orang lain terus berkata itu yang terbaik.

pernahkah anda cuba untuk berbaik sangka tetapi acapkali anda yang kecewa.

pernahkah anda cuba melupakan perkara buruk yang orang lain lakukan namun anda acapkali dihidangkan dengan perkara yang sama.

kita tidak pernah membanding beza manusia tapi pernahkah satu ketika kita nampak dengan jelas satu jurang yang mana setiap jurang tu ada persamaan dengan orang-orang yang menganggotainya.

pernah anda kecewa asyik anda sahaja yang menerima dugaan sebaliknya orang lain yang lebih kufur tetap sentiasa bernasib baik.

pernahkah anda terfikir orang yang salah dijulang orang yang benar dihentam.

pernahkan anda terfikir kesan dan akibat tindakan anda terhadap orang yang anda jatuhkan..bayangkan jika kita ditempat mereka
bayangkan jika anak atau cucu kesayangan kita berada di tempat mereka.

yakinlah langit tidak selalu cerah...yakinlah anda tidak sentiasa berada di atas..yakinlah janji Allah SWT itu benar..yakinlah doa insan yang teraniaya itu sentiasa didengari..

ganjaran sabar itu masa
ganjaran sabar itu bahagia
ganjaran sabar itu syurga
ganjaran sabar itu indah



Friday, 10 June 2016

Gerai Bajet Hotel

Sekian lama aku melewati gerai itu..sentiasa ramai pelanggannya..telahan pertamaku sedap agaknya..unik agaknya..

niat di hati nak singgah bila-bila namun ada saja kekangan yang mematahkan niatku...

semalam sebelum terlupa ku ingatkan agar berhenti mencuba rasa di situ...

menu seperti yang tertulis di papan iklan comelnya...ku nanti rasa adakah sama dengan iklan2 puji diri sendiri di laman sosial group yang dia sertai...

hidangan pertama yang sampai 2 mangkuk cendol dan 1 mangkuk abc...

cendolnya ada 11 urat sahaja..
abc nya biasa2 sahaja..
mangkuknya saiz kantin sekolah rendah.

sampai pula menu yang di pesan tadi..
bihun sup dengan hirisan 3 keping daging dan 2 keping tauhu.
me kari yang tiada seurat ayam pun
mangkuknya juga sama dengan saiz hidangan kantin sekolah rendah...

berbalik kepada rasa...

cendol kurang pekat dan lemak
abc macam yang gerai2 lori jual tepi sekolah lebih sedap dari yang ini.
bihun sup rasa macam air panas boh garam boh daging hiris2...
mintak sambal dekat setengah jam baru mai..
memang tak hidangkan dengan sambal...
mee kari yang memang menu makan free pun org tak buat lagu tu...

makan dengan rasa tidak puas hati dan tekak..

pergila bayar...RM 28.00

Ahaksss bukan kedekut tapi berbaloi sangat kan!!!!!!

Lemang di Lebuhraya

hi semua....lama tak menulis di sini..bercuti sakan
bukan balik ke kampung pun tapi memang bercuti ke sana sini mendeco deco bagai..

cuti nie naik ke KL ...otw ke sana memang wajib singgah hentian memori iaitu hentian ulu bernam, selangor...student upsi tentu tahu kan apa bestnya hentian tu..

tiba-tiba nak tukar pula selera try cafe hentian yang awal2 kita jumpa masa kona masuk hentian tu...
tergoda dengan sajian lemang dan rendang...plus itu ini memang dekat RM40 jugak habis kat kedai tu saja...

bila dah sampai di meja aku buka balutan daun pisang...bertali panjang lemang tu bila ditarik daun pisangnya..bau pula menusuk ke hidung terus melepasi dada...bau memang pulut basi...

bingkas aku bangun bawa lemang tu ke gerai tu semula..

penjual buat cakap banyak cakap elok la..memang gitu la...aku dah start angin..kita cakap elok2 dia nak gak tegakkan lemangnya yang basi tu...

dia rasa sambil buat2 muka..eh elok jer...

terus aku kata...

nie...aku tak mau duit aku balik..aku nak belanja hang..la ni aku nak hang makan lemang yang hang kata elok nie depan aku sampai habis!!!!!

terus dia kata ok2 kak saya bagi duit akak balik...

mengejutkan lemang tu dia letak balik kat ruang makanan untuk dijual..dia letak balik sekali dengan lagi 7/8 ketul lemang yang lain...

memang terkena la customer yang lain nnt... nak2 yang take away mmg suweyyy la!!

aku blah sambung makan..tak dak mood...pi depan parking tmpt biasa..mkan menu biasa hentian memori lagi sempoih....

tak guna punya peniaga!!!